Home » Muhasabah » AMBILLAH HIKMAH DARI SETIAP KEJADIAN

AMBILLAH HIKMAH DARI SETIAP KEJADIAN

Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat satu musibah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda.



Ketika Rasulullah S.A.W diusir dari Mekah, baginda memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berjaya membangunkannya menjadi sebuah negara yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah.

Ahmad bin Hambal pernah dipenjara dan dihukum dera,tetapi kerana itu ia kemudiannya menjadi imam salah satu mazhab.

Ibnu Taimiyah pernah dipenjara, tetapi justera di penjara itulah ia banyak melahirkan karya As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun,tetapi ditempat itulah ia berjaya mengarang buku sebanyak 20 jilid.

Ketika Ibnu al-Atsir dipecat dari jawatannya ia berjaya menyelesaikan karya besarnya berjudul Jami`ul ushul dan An-nihayah, salah sebuah buku yang paling terkenal dalam hadith.



Lalu, ketika semua anak Abi Dzuaib Al-Hudzali mati meninggalkan seorang diri, ia justera mampu menciptakan nyayian puisi yang mampu menutup mulut para pendengarnya, membuat setiap pendengarnya tersihir,memaksa sejarah untuk selalu bertepuk tangan saat mendengarnya kembali.

Begitulah, ketikalah tertimpa suatu musibah,anda harus melihat dari sudut yang paling terang darinya, ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah secendok gula ke dalamnya,ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang,ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubunhya yang lain, ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya membezakan kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

Kendalikan diri anda dalam berbagai kesulitan yang anda hadapi! Dengan begitu, anda kan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada kami. Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu..(Al-Baqarah:126)

Sebelum terjadi revolusi besar di Perancis, konon negara itu pernah memenjara dua sasterawan terkenalnya.Salah seorang dari keduanya sangat optimis dan yang seorng lagy perimis bahawa revolusi dan perubahan akan segera terjadi.Setiap hari kedunya sama-sama menjengukkan kepala melalui sela gergaji penjara. Hanya saja.sang sasterawan yang optimis selalu memandang ke atas dan melihat bintang yang gemerlapan di langit.Dan kerana itu ia selalu tersenyum cerah.Adapun sasterwan yang pesimis,ia selalu melihat ke arah bawah dan hanya melihat tanah hitam di depan penjara,dan kemudian menangis sedih.

Begitulah, sebaiknya anda selali melihat dari sudut lain dari kesedihan itu.Sebab,belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan,secerah harapan,jalan keluar serta pahala.


Facebook Comments
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *